Cara Unfollow di akaun Twitter

Di twitter untuk mendapatkan pengikut (Follower) bukanlah sesuatu yang mudah apa lagi kalau ianya dilakukan secara menual. Untuk tujuan itu kita haruslah menjadi pengikut (Following) terlebih dahulu dengan harapan orang yang kita ikuti tadi akan mengikuti kita balik, tetapi apa yang kita harapkan tidak seperti yang disangkakan, mungkin hanya suku daripadanya yang mengikuti kita balik dan selebihnya tidak mahu menjadi pengikut kita. oleh itu sekiranya kita ingin membuang atau Unfollow akaun orang tersebut kita boleh lakukannya di akaun twitter kita tetapi ia mengambil masa yang agak lama, untuk menpercepatkannya kita boleh menggunakan laman web dibawah ini.


statusbrew.com
Cara unfollow Twitter menggunakan statusbrew.com adalah seperti berikut:-
- Buka laman web:- statusbrew.com
- Kemudian klik:- Get Started
- Kemudian klik:- Sign in With Twitter
- Kemudian klik:- Authorize App
Pastikan anda telah login ke akaun twitter anda terlebih dahulu.



Setelah selesai dan anda sekarang berada di Home web tersebut
- Kemudian klik:- AUDIENCE
- Kemudian klik:- Not following back
dan sekarang bolehlah anda unfollow akaun twitter tersebut.



manageflitter.com
Cara unfollow Twitter menggunakan manageflitter.com adalah seperti berikut:-
- Buka laman web:- manageflitter.com
- Kemudian klik:- Sign In
- Kemudian klik:- Connect to Twitter
- Kemudian klik:- Authorize App atau daftar masuk dengan akaun twitter anda.



Setelah selesai dan anda sekarang berada di Home web tersebut
- Kemudian klik:- Manage
- Kemudian klik:- Unfollow
dan sekarang bolehlah anda unfollow akaun twitter tersebut.



Untuk unfollow dengan sekali klik boleh gunakan cara yang ditunjukkan pada gambarajah diatas.

Tips Membuat Bio Di Twitter

Bio adalah singkatan dari biography yang mana ia mengesahkan atau menceritakan tentang diri anda, kerjaya anda dan sebagainya. Sebelum follow seseorang, saya biasanya membaca bio twitternya terlebih dahulu. Namun tidak semua orang menyempatkan diri untuk menulis bio sehingga tidak dapat digambarkan siapa sebenarnya pemilik akaun twitter tersebut kecuali memang anda bermaksud menjadi seseorang yang misteri di twitter. Namun perlu diingat membuat bio itu tentu ada maksud dan tujuannya. Salah satunya ialah untuk membantu pengguna lain untuk mengenal anda sepintas lalu sebelum follow akaun Anda.

Berikut ini beberapa tips membuat bio di twitter :-
- Buatlah secara ringkas dan singkat, namun menggambarkan siapa atau apa yang anda lakukan.
- Jangan lupa sertakan blog atau alamat web anda, jika ada.



Caranya:-
- Login akaun twitter anda
- Kemudian klik:- Profile
- Kemudian klik:- Edit Profile
- Isikan Bio yang tertara di sebelah kiri
- Kemudian klik:- Save
- Selesai


Cara memadamkan semua Tweet di Twitter

Ada beberapa web site yang menyediakan perhidmatan untuk menghapuskan atau memadamkan semua Tweet dengan mudah secara percuma dengan berbagai kelebihan seperti menapis berdasarkan bulan dan sebagainya. Menghapuskan atau memadamkan semua tweet menggunakan bantuan web site pihak ketiga tentu akan lebih mudah jika dibandingkan dengan mendelete satu persatu secara manual. Semua tweet yang sudah terhapus atau dipadamkan tidak dapat dikembalikan jadi berhati-hati sebelum anda melakukannya.


1. Tweeteraser.com
Web site ini memberikan beberapa pilihan tapisan sehingga sesuai bagi anda yang hanya ingin membuang tweet berdasarkan kriteria tertentu seperti bulan atau pun kata-kata yang ada dalam posting.

1. Klik tweeteraser.com
2. Klik Sign in with Twitter.
3. Membenarkan TweetEraser, dengan klik Authorize App, kemudian tunggu sampai anda masuk ke dashboard TweetEraser.



4. Setelah berhasil anda akan melihat data statistik jumlah Tweets akaun anda dan ada dua pilihan untuk menghapuskan atau memadamkan tweet tersebut iaitu:-
        i. Untuk pilihan yang diatas, berdasarkan kriteria tertentu seperti Text, #Hash dan berdasarkan bulan.
        ii. Untuk pilihan yang dibawah, Boleh terus padamkan semua tanpa memilih kriteria.
5. Ulangi langkah ke-4 sampai semua tweet yang anda inginkan dapat dihapuskan atau dipadamkan.




2. TweetDelete.net
Tweetdelete sangat simple dengan pilihan penghapusan atau pemadaman tweet berdasarkan masa tertentu dari 1 minggu hingga 1 tahun.

1. Klik TweetDelete.net
2. Klik Sign in with Twitter dan tandakan I have read and agree to the TweetDelete terms.
3. Membenarkan TweetDelete, dengan klik Authorize App, kemudian tunggu sampai anda masuk ke dashboard TweetDelete.



4. Tentukan jarak masa tweet yang ingin anda delete contohnya yang sudah lebih dari 1 tahun.
5. Klik Activate TweetDelete untuk memadamkannya.


Perhatian:- Jika anda tandakan Delete all my existing tweets before activating this schedule maka semua tweet yang anda miliki akan terhapus atau terpadam. Ketika anda mengaktifkan TweetDelete maka aplikasi ini akan terus berjalan dan menghapuskan tweet anda. Sekiranya anda tidak ingin posting twitter anda terhapus atau terpadam secara outomatik maka matikan aplikasi ini dari akaun twitter anda disini dan klik Batal akses.


Dari dua web site yang tersebut diatas dapatlah anda gunakan untuk menghapuskan atau memadamkan tweet diakaun Twitter anda dengan mudah dan cepat.

Onexox


Adakah anda pernah mendengar tentang simkad onexox!!!
Adakah anda tahu kelebihan simkad onexox ini!!!
Adakah anda tahu simkad onexox ini boleh memberikan anda sumber pendapatan!!!
Sekiranya anda ingin tahu teruskan membaca artikel ini hingga ke penghujungnya.



Secara ringkas simkad ini sama penggunaannya seperti simkad yang sedia ada tetapi simkad ini ada system affeliate iaitu dengan memperkenalkan produk ini kepada rakan-rakan, teman dan saudara mara, kita akan mendapat bonus UGU (User get User) sebanyak 6% setiap kali mereka topup. Ini bermakna setiap pengguna simkad onexox boleh menaja dan layak mendapat bonus UGU.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sub dealer (pengedar) anda membuat pilihan yang bijak. Pasaran untuk seluruh malaysia sekiranya anda menggunakan media sosial sebagai medium promosi dan boleh juga dilakukan secara offline ini kerana harga simkad yang tidak begitu mahal membolehkan anda menjual dimana-mana sahaja. Persaingan agak kurang memandangkan belum ramai yang berminat menjadi dealer kerana ia mula beroperasi dalam tahun 2014. Pakej sebagai sub dealer taklah terlalu mahal jika dibandingkan dengan telco lain.

Sekiranya anda mahukan web promosi saya boleh bantu anda untuk menghasilkan web tersebut. Pilihan di tangan anda terpulang kepada anda untuk menfaatkan peluang ini. Rezeki tak datang bergolek harus berusaha untuk mendapatkannya. Dengan usaha yang berterusan berkemungkinan anda berjaya menjana pendapatan yang lumayan.

Untuk lebih jelas lagi tentang produk ini dan bagaimana untuk mendapatkan simkad ini sila dapatkannya disini.

Popup like dan popup ads(iklan)

Apa itu popup like dan popup ads(iklan)
Pada asasnya popup adalah satu paparan yang timbul apabila kita melawat sesetengah laman web. Popup yang melampau menyukarkan pembaca untuk membaca isi kandungan blog tersebut tambahan pula popup tersebut sukar di padamkan. ini akan menyebabkan pembaca kurang minat terhadap blog tersebut. Popup yang sedarhana akan memberikan keselesaan kepada pembaca
untuk membaca isi kandungan blog tersebut akan tetapi penggunaan popup kurang disenangi oleh pelawat kerana ia memberi sedikit ganguan kepada mereka. Bagi pemasang popup pula ianya memberikan mereka satu kelebihan untuk mendapatkan like pada fanpage di facebook atau mendapatkan klik pada iklan mereka.

Ada beberapa code popup yang anda boleh cuba gunakan seperti berikut:-



atau yang ini:-



Boleh juga yang ini:- untuk bahagian bawah



dan yang ini:- untuk bahagian sisi kiri dan kanan


Nota:- Sekiranya anda mahu meletakkan link URL untuk ianya berfungsi sebagai pembuka kepada new windows anda cari perkataan href="#" dan anda gantikan link tersebut dengan link yang ingin anda letakkan sebagai contoh saya letakkan link ini href="http://www.google.com.my". Apabila pelawat menekan butang close pada iklan tersebut dengan secara outomatik ia akan membuka windows baru dan menuju ke link yang telah anda setkan tadi.

Letakkan code iklan anda disini anda boleh tukarkannya dengen code iklan atau code like fanpage anda. Anda boleh mendapatkan code like fanpage anda disini.

Rasanya setakat ni saja tutorial saya buat kali ini, selamat mencuba dan semoga berjaya!!!

Anda mungkin juga berminat dengan tutorial ini:-

Banner rotator

Apa itu banner rotator
Banner rotator adalah banner yang bertukar-tukar setiap kali kita melakukan reflash. Dengan menggunakan banner rotator ini kita dapat menjimatkan kos dan ruang kerana dalam satu tapak kita boleh memuatkan 4 atau lebih banner berbanding dengan banner tanpa rotator yang hanya dapat memuatkan satu banner untuk satu tapak. Dari segi kosnya pula kita boleh huraikan begini banner tanpa rotator bila kita sewa tapak anggaran dalam RM10 sebulan untuk satu tapak  dan sekiranya kita menggunakan 4 banner ini bermakna kita dikenakan sewa 4 tapak sebanyak RM40 sebulan. Dengan adanya banner rotator kita dapat menjimatkan kos iaitu 4 banner dalam 1 tapak dengan hanya RM20 sebulan. Dengan itu kita dapat berjimat sebanyak RM20 sebulan. Ini adalah anggaran sahaja dan nilai sebenar sewa dalam sebulan bergantung kepada pemilik web site tersebut.

code banner rotator adalah seperti berikut:-


atau anda boleh gunakan code ini juga:-


LINK IKLAN - Link laman web anda.
LINK GAMBAR - Link gambar (gambar banner).
Nota:- kebanyak banner tidak memerlukan style kerana ianya siap dibina dengan ukuran saiznya akan tetapi sekiranya anda memdapati ianya tiada ukuran yang tertentu anda boleh menggunakan style seperti dalam single banner di bawah ini.

code banner tanpa rotator (single banner)


Code banner tanpa rotator (single banner) dua URL

LINK IKLAN 1 - Link laman web pertama
LINK IKLAN 2 - Link laman web kedua
LINK GAMBAR - Link gambar (gambar banner)
Nota:- code ini menggunakan pop up jika orang yang mengklik link ini hanya akan melihat satu laman web saja yang dipaparkan manakala yang satu lagi diblock dari dipaparkan. Ini bermakna LINK IKLAN 2 akan dipaparkan manakala LINK IKLAN 1 akan diblock. Sekiranya orang yang mengklik link tadi membenarkan pop up (allow pop up) barulah kedua-dua link tersebut dapat dipaparkan. Jadi disini anda utamakan LINK IKLAN 2 manakala LINK IKLAN 1 mereka akan membenarkan pop up sekiranya mereka ingin melihat laman tersebut.

Sekian saja tutorial saya buat kali ini, selamat mencuba dan semoga berjaya!!!

Anda mungkin juga berminat dengan tutorial ini:-
Pop up like dan pop up ads (iklan)

Bagaimana caranya membuat Banner

Banner adalah gambar yang mempunyai link yang menghubungkan ke suatu laman web. Biasanya banner digunakan untuk mengiklankan web kita memandangkan ruang yang diperlukan adalah sedikit untuk dipaparkan dilaman web orang lain. Cuba anda bayangkan sekira laman web kita dipaparkan dilaman web orang lain. Namun begitu anda boleh melihatnya dilaman web PTC atau traffic exchange. Oleh yang demikian banner diujudkan untuk mengantikan laman web yang hanya memerlukan sedikit ruang supaya dapat dipaparkan dilaman web orang lain. Ada bermacam-macam saiz banner diantaranya 468x60, 125x125, 300x250, 728x90 dan sebagainya. Sekiranya anda menyertai program affiliate kebanyak laman web tersebut telah menyediakan banner dengan bermacam-macam bentuk saiznya. Kita cuma perlu ambil link banner tersebut dan promosikannya akan tetapi bagaimana jika kita ingin membuat atau membina banner kita sendiri, untuk tujuan itu anda ikuti langkah-langkah berikut. Untuk membuat banner anda boleh menggunakan tool ini. PHOTOSCAPE

Tutorial menggunakan PHOTOSCAPE
Setelah anda download dan install anda buka tool tersebut. Klik kat Editor seperti gambarajah dibawah.


Kemudian anda cari pula butang Menu dan klik disitu dan anda klik lagi kat New Photo seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dan ia akan timbul pop up. Isikan saiz banner anda dan klik OK. Disini saya gunakan banner bersaiz 125x125.


Uploadkan gambar yang anda ingin gunakan dan buat ayat mengikut citarasa anda seperti yang tunjukkan oleh anak panah dalam gambarajah diatas. Disini saya gunakan 1 gambar dan 3 ayat.



1. Selamat berkunjung
2. terima kasih kerana sudi
3. melawat blog ini

Nota:- Setiap satu ayat yang anda buat anda Perlu save terlebih dahulu kemudian baru buat ayat yang kedua dan save untuk membuat ayat yang seterusnya.


Untuk menjadikan banner ini berbentuk satu animasi anda klik kat animated GIF kemudian klik pula kat Add dan klik lagi kat Add a photo dan kemudian uploadkan ketiga-tiga banner yang anda hasilkan tadi. Anda boleh mengubah kelajuan animasi itu bergerak dengan mengklik butang change time. Savekan setelah anda selesai dan kemudian uploadkan kedalam blog dan inilah hasilnya.


Code untuk banner anda

LINK IKLAN - Link laman web anda.
LINK GAMBAR - Link gambar (banner yang telah anda hasilkan).
style="width: 125px;height: 125px;" - saiz ukuran banner anda.

Sekian saja tutorial saya buat kali ini, selamat mencuba dan semoga berjaya!!!

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

About

Pelawat

Flag Counter