Banner adalah gambar yang mempunyai link yang menghubungkan ke suatu laman web. Biasanya banner digunakan untuk mengiklankan web kita memandangkan ruang yang diperlukan adalah sedikit untuk dipaparkan dilaman web orang lain. Cuba anda bayangkan sekira laman web kita dipaparkan dilaman web orang lain. Namun begitu anda boleh melihatnya dilaman web PTC atau traffic exchange. Oleh yang demikian banner diujudkan untuk mengantikan laman web yang hanya memerlukan sedikit ruang supaya dapat dipaparkan dilaman web orang lain. Ada bermacam-macam saiz banner diantaranya 468x60, 125x125, 300x250, 728x90 dan sebagainya. Sekiranya anda menyertai program affiliate kebanyak laman web tersebut telah menyediakan banner dengan bermacam-macam bentuk saiznya. Kita cuma perlu ambil link banner tersebut dan promosikannya akan tetapi bagaimana jika kita ingin membuat atau membina banner kita sendiri, untuk tujuan itu anda ikuti langkah-langkah berikut. Untuk membuat banner anda boleh menggunakan tool ini. PHOTOSCAPE
Tutorial menggunakan PHOTOSCAPE
Setelah anda download dan install anda buka tool tersebut. Klik kat Editor seperti gambarajah dibawah.
Kemudian anda cari pula butang Menu dan klik disitu dan anda klik lagi kat New Photo seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dan ia akan timbul pop up. Isikan saiz banner anda dan klik OK. Disini saya gunakan banner bersaiz 125x125.
Uploadkan gambar yang anda ingin gunakan dan buat ayat mengikut citarasa anda seperti yang tunjukkan oleh anak panah dalam gambarajah diatas. Disini saya gunakan 1 gambar dan 3 ayat.
1. Selamat berkunjung
2. terima kasih kerana sudi
3. melawat blog ini
Nota:- Setiap satu ayat yang anda buat anda Perlu save terlebih dahulu kemudian baru buat ayat yang kedua dan save untuk membuat ayat yang seterusnya.
Untuk menjadikan banner ini berbentuk satu animasi anda klik kat animated GIF kemudian klik pula kat Add dan klik lagi kat Add a photo dan kemudian uploadkan ketiga-tiga banner yang anda hasilkan tadi. Anda boleh mengubah kelajuan animasi itu bergerak dengan mengklik butang change time. Savekan setelah anda selesai dan kemudian uploadkan kedalam blog dan inilah hasilnya.
Code untuk banner anda
LINK IKLAN - Link laman web anda.
LINK GAMBAR - Link gambar (banner yang telah anda hasilkan).
style="width: 125px;height: 125px;" - saiz ukuran banner anda.
Sekian saja tutorial saya buat kali ini, selamat mencuba dan semoga berjaya!!!
Bagaimana caranya membuat Banner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments: