Pernahkah anda membeli barang secara online dan membuat bayaran secara online. Kemudian si penjual itu mahukan bukti pembayaran dalam bentuk image, yakni anda perlu buat screenshot bukti pembayaran dan hantarkan kepadanya. Bagi mereka yang masih baru dalam urusan jual beli diinternet, pasti anda tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membuat screenshot ini.
Apa itu screenshot(Printscreen)
Screenshot ini secara ringkasnya adalah gambar yang diambil semasa paparan di monitor desktop atau browser anda. Jika anda boleh melakukan proses ini (proses screenshot) ia dapat memudahkan anda untuk melakukan sesuatu samada menjadikan gambar tersebut sebagai rujukan ataupun bukti. Kebiasaannya kaedah screenshot ini digunakan untuk mengambil gambar semasa pembayaran online dibuat untuk dijadikan bukti pembayaran semasa urusan jual beli berlaku secara online.
Kaedah screenshot ini juga digunakan untuk membuat tutorial-tutorial bergambar atau cetakan offline. Jadi ia sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam mempermudahkan tugasan harian.
Bagaimana caranya melakukan screenshot(Printscreen)
Untuk mengambil gambar screenshot ini kita memerlukan sebuah tool dan tool ini telah sedia ada pada windows. Untuk mencari tool ini, kamu klik pada Start Windows > All Programs > Accessories > Snipping Tool. Ini untuk windows 7, untuk windows yang lain saya kurang arif (mengetahui) untuk itu kamu cuba cari dalam folder Accessories.
Cara-cara menggunakan Snipping Tool
Cara menggunakannya agak mudah kamu klik kat Snipping Tool dan ia akan keluar seperti gambar dibawah :-
Klik kat New dan pilih fungsi yang kamu kehendaki dan screenshot gambar tersebut seperti yang kamu inginkan. Dengan menekan butang kiri mouse dan menariknya mengikut sais yang kamu kehendaki dan melepaskan butang tersebut sekiranya kamu mendapat sais yang kamu inginkan. Kamu boleh editnya terlebih dahulu kemudian save atau kamu terus save saja gambar tersebut. Kamu juga boleh menghantar gambar tersebut melalui email. Walau bagaimana pun tool ini mempunyai sedikit kelemahan iaitu ia tidak boleh menukarkannya kepada link URL oleh itu kita akan melalui sedikit kesukaran untuk menukarkannya kepada link URL. Untuk mengatasi kelemahan Snipping tool ini kita boleh menggunakan software LightShot Tool. Tool ini amat mudah digunakan dan ia boleh menukarkannya kepada link URL.
1. Download disini:- LightShot Tool
2. Setelah selesai di Install, klik kat butang Print Screen SysRq yang ada pada keyboard kamu sekiranya kamu ingin mengambil screen shot.
3. Ambil gambar atau screenshot seperti yang kamu kehendaki.
4. Edit terlebih dahulu atau save terus ke dalam fail lightshot. Fail ini terdapat di Documents\ Lightshot
5. Kamu boleh Upload terus ke web untuk mendapatkan link URL.
Nota:- link URL yang wujud setelah anda upload sebagai contoh:- http://prntscr.com/5uahnv.
link ini tidak boleh digunakan untuk kod img src yang terdapat pada bannar, blog dan sebagainya.
Untuk mendapatkan link kod img src ini anda ikuti langkah-langkah berikut. Sekiranya anda menggunakan browser google chrome atau Opera
1. klik kat link ini. http://prntscr.com/5uahnv
2. tekan Shift + Ctrl + i atau F12 pada keyboard anda.
3. Ikut langkah yang ditunjukkan pada gambar diatas.
Sekian saja toturial saya untuk kali ini dan semoga memberi manfaat kepada kamu semua dan selamat mencuba.
Cara membuat screenshot (Printscreen)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments: